Kenapa Sambal Petai?

Salam Sejahtera kepada semua. Blog sambal petai ini mengisarkan tentang review berkenaan makanan yang semestinya menjadi kesukaan ramai. Selain itu, kami juga membuat review barangan dimana kami sendiri menggunakannya dan kami ingin berkongsi pro & cons barangan tersebut. Selain itu, kami ingin juga share pengalaman kami ke tempat-tempat menarik yang kami rasakan ia berbaloi.

Kenapa sambal petai? Sebab utama adalah ia adalah makanan kegemaran saya sebagai pengarang blog ini. Sambal dan petai berpisah tiada, walaubagaimanapun petai jeruk pun boleh tahan sedapnya. Saya selalu mengajak kawan yang tidak pernah memakan petai untuk mencubanya. Ada teknik untuk memasak petai bagi mengurangkan rasa petai yang terlalu kuat. Kebanyakkan kawan saya suka dengan cara tersebut dan mereka gemar memakan petai selepas mencubanya. Jika mempunyai kesempatan, saya akan berkongsi cara untuk memasak sambal petai yang sedap hingga menjilat jari.

Dengan ini, saya berharap maklumat yang dikongsi di blog ini dapat memberi idea dan maklumat kepada semua. Sharing is caring.