Review Qomabyasyrin – Lukisan Kanvas / Kaligrafi Moden

Kenapa kita nak biarkan dinding rumah, bilik atau pejabat kosong tanpa hiasan yang cantik? Saya ingin berkongsi tentang hiasan lukisan kanvas/ moden kaligrafi yang mengikut trend terkini dengan harga yang berpatutan yang anda boleh dapati di instagram Qomabyasyrin.

Instagram Qomabyasyrin

Hiasan ini juga sesuai dijadikan hadiah hari jadi, ulang tahun, cenderahati malah hadiah istimewa untuk hari perkahwinan atau untuk sahabat anda. Saya tertarik dengan Qomabyasyrin setelah mendapat lukisan kanvas daripada kawan saya yang ditempah dari Qomabyasyrin. Jujurnya, lukisan tersebut memang cantik, moden dan unik, sememangnya pelukisnya amat berbakat! Jadi saya tidak ragu-ragu untuk share perniagaan anak muda yang kreatif dan hebat ini.

Qomabyasyrin juga menyediakan lukisan pada totebag dan drawstring bag selain daripada lukisan kanvas dan kaligrafi moden. Pelanggan juga boleh customize lukisan yang diinginkan dan pelukis akan memberikan cadangan atau idea sekiranya pelanggan masih tercari-cari dengan citarasa mereka. Lukisan boleh didapati dalam dua jenis, kanvas bertulang kayu atau berframe.

Drawstring bag by Qomabyasyrin
Totebag by Qomabyasyrin

Lukisan kanvas bertulang kayu.

Bagi yang ingin melihat lebih banyak design lukisan dan untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda bolehlah lawati Qomabyasyrin.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.