Review Le Chouette Macaron by Wahdi Farhad

Siapa yang tidak kenal dengan top instabakers Malaysia Wahdi Farhan di instagramnya Le Chouette Macaron? Wahdi yang juga founder kepada Le Chouette Macaron mempunyai kehebatan dalam membuat macaron di mana dia mendapat latihan di Paris dan kiri beroperasi di Empire Subang.

Instagram Le Chouette Macaron yang memaparkan pelbagai jenis kek yang comel.

Le Chouette Macaron tekenal dengan macaron towers selain daripada kek-kek yang dihias comel dan unik dengan macaron berbentuk binatang sehinggalah berbentuk cartoons yang mempunyai pelbagai perisa yang menarik. Kotak kek pula terpapar gambar burung hantu yang comel di mana ia adalah maskot untuk Le Chouette Macaron. Antara perisa kek yang dijual adalah :

  1. combo three layer red velvet chocolate and butterscoth cake (best seller)
  2. salted caramel chocolate cake
  3. three layer vanilla rainbow cake
  4. orange cake
  5. penaut butter cake
  6. padan gula mela cake
  7. raspberry, blueberry & strawberry cake
Macaron tower with cake.

Selain kek, terdapat juga macaron bouquets.

Best seller combo three layer red velvet chocolate and butterscoth cake yang sangat sedap.

Harga kek yang ditawarkan amatlah berpatutan di mana saya telah menempah signature macaron cake seberat 1.8kg yang hanya berharga RM150. Saya juga ternampak comment di Instagram yang menyatakan harga signature macaron cake tidak pernah berubah sejak tahun 2012, wow! Rasanya amat sedap dan tidak muak dimakan. Kek pandan gula melaka yang seberat 1.8kg pula hanya dijual dengan harga RM120, murah dan berbaloi! Kebanyakkan gambar yang di post di Instagram dinyatakan harganya di mana ia memudahkan pelanggan untuk membuat pilihan. Bagi yang membuat tempahan, anda boleh pick up kek di Empire SOHO dan bagi pelanggan yang jauh, jangan risau kerana Le Chouette Macaron mempunyai runner yang membuat cake delivery ke kawasan anda.

Cake delivery kepada pelanggan Le Chouette Macaron oleh runner.

Sememangnya Wahdi adalah sesorang cake artist yang berbakat, tidak mustahil lah dia salah seorang instabakers Malaysia yang mempunyai ramai followers di Instagram.

1 thought on “Review Le Chouette Macaron by Wahdi Farhad”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.