Pulau Mabul Sabah

Search sahaja Pulau Mabul di google pasti keluar gambar keindahan pulau tersebut yang menjadi tumpuan pelancong dalam ataupun luar negera. Pulau Mabul adalah syurga diving untuk penggemar divers. Baru -baru ini, saya berpeluang untuk bercuti di Sabah dan ingin berkongsi pengalaman saya a day in Mabul Island.

View yang cantik dalam perjalanan menuju ke Pulau Mabul
Dalam perjalanan ke Pulau Mabul, singgah di pulau kecil yang didiami oleh bajau laut.
Tiba di perkampungan nelayan pulau mabul.

Mesti ramai yang tertanya, selamat ke Pulau Mabul? Jangan risau! Mabul adalah selamat dan setiap hari ada pasukan keselamatan atau yang berkawal di kawasan perairan Sabah.

Air jernih kebiruan di pulau mabul, cantik sangat!

Kami menaiki boatlaju dari jeti umum Semporna lebih kurang 30 minit untuk sampai di Pulau Mabul. Kami mengambil pakej satu malam di Mabul dengan Pakej Pulau Semporna Di Mabul, kami menginap di Seahorse Sipadan Lodge dan bernasib baik kerana mendapat bilik yang menghadap laut. Kami sangat berpuas hati dengan tempat penginapan kami yang berbaloi dengan harga pakej. Biliknya sangat cantik dan luas, terdapat satu queen bed & single bed malah dilengkapi dengan aircond. Tandasnya pula sangat selesa dan besar & yang paling best adalah tekanan air dia yang kuat barula puas mandi. Yang best jugak disini adalah kita tak perlu risau tentang makan sebab sarapan, makanan tengahari dan malam disediakan kerana semuanya termasuk dalam pakej. Terdapat juga nescafe dan teh disediakan di tempat makan dan hanya perlu bancuh sendiri kalau nak minum.

Seahorse Lodge Water Chalet
Bilik yang luas dilengkapi aircond.

Pulau Mabul adalah perkampungan nelayan dan semakin berkembang. Di sini terdapat masjid, surau dan madrasah. Elektrik disini menggunakan generator, jadi bila kita jalan-jalan di sekeliling pulau memang akan terjumpa generator di mana-mana.Tempat menarik di sekitar Mabul adalah Mabul Water Bungalows yang sudah pastinya harga pakej biliknya yang mahal. Di sini, kita boleh jalan-jalan untuk bergambar sambil menikmati permandangan sunrise & sunset. Untuk mengelilingi pulau mengambil sekitar 20 minit.

Sunset di Seahorse Lodge
Sunrise di Mabul Water Bungalows.
Bilik generator di pulau mabul.
Pokok-pokok kelapa yang cantik dan banyak membuatkan cuaca redup di sekitar pulau.
Jalan-jalan sekitar Mabul.
Snorkeling di pulau Kapalai, 10 minit menaiki boat dari pulau mabul, ikan di sini memang banyak tapi yang tak best rasa gatal-gatal sebab kena obor-obor.

Terdapat jugak makanan laut segar yang dijual oleh bajau laut. Mereka menaiki sampan mengelilingi pulau untuk menjual hasil tangkapan kepada pelancong, hanya perlu pandai tawar-menawar harga disebabkan harga yang dijual agak mahal kerana target mereka adalah pelancong luar terutamanya People Republic of China.

Bajau laut yang menjual hasil tangkapan laut di sekitar pulau.
Kanak-kanak bajau laut menaiki sampan mengelilingi pulau.
Bergambar bersama kanak-kanak bajau laut. Mereka kalau nampak pelancong suka minta duit, tapi lebih baik kalau kita bagi makanan. Kami jugak ternampak salah seorang budak bajau laut tolong pelancong asing yang sampannya terbalik, siap tolong kutip barang, handphone & duit jatuh dalam laut. Salute sangat.
Beli ikan kerapu merah hidup dengan bajau laut. Di sini, boleh minta tolong tukang masak Seahorse masakan, tapi kena charge RM 20 untuk satu masakkan.
Dua ikat ketam dengan harga RM30, ada 14 ekor ketam.

Laluan ke Mabul water bungalows.

Pendek kata,Pulau Mabul adalah satu destinasi yang menarik untuk bercuti, sesuai untuk honeymoon terutamanya sesiapa yang mempunyai bajet lebih untuk menginap di Mabul Water Bungalows di mana harga mencecah RM1000++ untuk satu malam. Pulau Mabul juga dikatakan percutian alternatif murah di samping Maldives.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.