Review Salam Noodles – The Best Mee Tarik

Saya ingin berkongsi mee tarik yang sangat sedap, sekali makan pasti teringat & nak makan lagi. Selalunya bila cakap pasal mee tarik, orang mesti ingat restoran Mee Tarik Warisan Asli. Akan tetapi, bila saya dah cuba Salam Noodles, memang tak akan pergi kedai lain lagi. Restoran Salam Noodles adalah sebuah restora china muslim yang menyediakan makanan tradisional halal dari utara China dan restoran ini mempunyai 3 cawangan di Malaysia:

Salam Noodles Persiaran Flora, Cyberjaya

Salam Noodles Shaftsbury Square, Cyberjaya

Di Shaftsbury Square ni, staff diorang dah kenal sangat dengan saya

Salam Noodles Bazar8, Putrajaya

Kenapa mee tarik di Salam Noodles?

Saya juga telah mencuba mee tarik di Mee Tarik Warisan Asli. Bagi saya, rasa mee tarik di sana telah diubah mengikut citarasa orang Malaysia dan berbeza dengan mee tarik asli yang saya makan di Shanghai & Guangzhou. Selepas saya mencubanya di Salam Noodles, ternyata rasanya sama seperti yang saya makan di China.

Makanan di Salam Noodles bermula pada harga RM 2 dan kebanyakan harga mee tarik/ nasi diantara RM 7.90 hingga RM 11.80, sangat murah kan? Yang paling best ialah dengan hanya berbelanja sebanyak RM 7.90, kita akan dapat minuman percuma unlimited.

Diantara menu favourite saya setiap kali pergi ke Salam Noodles dan sangat disyorkan kepada sesiapa yang belum pernah cuba, semestinya anda akan suka.

Braised beed noodle yang sangat sedap, boleh juga cuba braised beef potato rice, menu yang sama cuma dimakan dengan nasi dan sedap jugak.
Menu disini dimakan bersama sambal cili kering untuk penggemar pedas dan kicap cuka bagi yang suka masam.
Wajib order sate kambing atau Xinjiang mutton roasted stick , antara signature menu di sini.
Beef dumplings (dry), salah satu menu kesukaan saya, inti yang banyak dan portion yang agak besar, memang mengenyangkan.

Pelbagai menu yang boleh dinikmati yang merangkumi mee tarik, nasi, sayuran & lain-lain add ons.

Salam Noodles berkonsepkan sedap, murah & cepat dan bagi sesiapa yang belum mencubanya, anda harus try! Saya yakin bila anda makan, pasti nak lagi. Salam Noodles, satu tempat yang pasti tidak dapat menghalang anda untuk datang lagi.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.