Review Ayamas Stuffed Roaster

Ayamas sebenarnya sudah tidak asing lagi dengan masyarakat Malaysia. Walaupun begitu, tidak ramai yang berkunjung ke restoran ini walaupun pelbagai promosi dilakukan. Mungkin ramai yang order delivery agaknya. Kali ini, Ayamas telah memulakan promosi Stuffed Roaster.

Jika dilihat dari Facebook Fan Page Ayamas juga, tidak ramai yang meninggalkan komen dari post yang telah diterbitkan. Tetapi, jika ianya adalah promosi 15 dan 30 haribulan, barulah kita akan nampak banyak share dan juga komen.

Apakah Stuffed Roaster

Stuffed Roaster ini adalah promosi terbaru dari Ayamas yang bermula sejak awal Disember 2017. Promosi ini akan berakhir pada awal Januari 2018 mengikut sumber dari Ayamas sendiri. Melihatkan gambar dari poster promosi yang diperlihatkan, semestinya akan membuatkan kita kecur air liur. Walaubagaimanapun, gambar tidak semestinya menjamin rasanya sama dengan apa yang kita lihat.

Stuffed Roaster ini adalah ayam black pepper panggang yang disumbat dengan adunan kepingan kentang, karot, ragi, biji bunga matahari, bawang putih, daun seleri, cendawan Shitake dan juga campuran pelbagai herba.

Masih di dalam plastik bungkusan

Bau

Pertama kali menghidu baunya, apa yang boleh saya katakan adalah, “Wow!!”. Aroma yang dikeluarkan oleh Stuffed Roaster ini sangat wangi. Ini adalah pertama kali saya menghidu bau adunan sebegini dan saya memang teruja untuk menikmati rasanya.

Rasa

Ok, dari segi rasa, saya mungkin agak bias sedikit kerana ianya bergantung kepada individu.

Rasa isi ayam memang berubah disebabkan campuran adunan tadi. Tetapi bagi saya, rasanya agak plain. Walaubagaimanapun, disebabkan isi ayam tadi diperap dengan black pepper, ia menaikkan semula rasa ayam tersebut.

Isi adunan tadi juga terasa plain. Pertama kali mencuba, kita tidak dapat menggambarkan apa yang kita tengah nikmati sekarang disebabkan rasanya bercampur-baur. Tetapi, rasa yang paling kuat adalah rasa kepingan kentangnya. Tekstur kepingan kentangnya pula terasa seperti kentang putar Chili’s. Bagi saya, ada satu campuran yang hilang dari adunan ini yang merupakan kunci utama untuk menaikkan kesedapannya.

Setelah dipotong dua

Rasanya juga tidak masin atau manis. Bagi saya, ianya boleh dimakan oleh mereka yang mempunyai darah tinggi.

Pada hemat saya, ayam ini perlu dicecah bersama dengan sos dan disebabkan itulah saya sudah bersedia awal-awal dengan membeli sos Ayamas sendiri. Tidak seperti ayam KFC, kita boleh makan tanpa sos disebabkan rasa yang diberikan tidak putus keluar. Tetapi bagi stuffed roaster ini, jika tidak dicecah dengan sos, ianya akan membuatkan kita berasa muak dengan rasanya.

Saya tidak dapat memberikan rasa yang tepat untuk stuffed roaster ini kerana ianya adalah sesuatu yang saya tidak pernah rasa sebelum ini. Walaubagaimanapun, saya sarankan anda mencuba sendiri stuffed roaster ini sebelum promosinya berakhir pada awal Januari ini. Apa yang boleh saya katakan adalah, rasanya tidak pelik dan boleh dimakan.

Penambahbaikan

Dari segi penambahbaikan, seperti yang telah dituliskan sebelum ini, ada sesuatu bahan yang merupakan kunci utama yang hilang dari adunan mereka. Saya tidak pasti bahan yang sebenar, tetapi saya tinggalkan persoalan ini untuk pihak Ayamas sendiri mencari jawapannya.

Salah satu makanan yang bagi saya rasanya cukup dan saya masih tunggu promosinya dibuat semula adalah KFC Golden Wrap. Walaupun simple, tetapi rasanya cukup untuk membuatkan kita merindui akan rasa dan baunya.

KFC Golden Wrap

KFC Golden Wrap ini memberikan rasa oriental yang mana cukup padu untuk dinikmati oleh golongan Asia Tenggara khususnya golongan Cina.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.